PDRM nafi individu jadi sasaran ejen Israel dalam tahanan polis

Oleh – Syeikh Baran


PDRM nafi individu jadi sasaran ejen Israel dalam tahanan polis
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan individu yang menjadi sasaran lelaki ejen Israel ditahan baru-baru ini berada dalam tahanan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara tersebut adalah sama sekali tidak benar.



Beliau berkata, PDRM tidak mengesahkan laporan seumpama itu.

Terdahulu, sebuah agensi media mendakwa sasaran ejen Israel yang masuk ke Malaysia, Eran Haya berada dalam tahanan polis.

Laporan berita itu dibuat berdasarkan kenyataan daripada pihak sumber.

Ejen Israel, Shalom Avitan, 38, sebelum ini ditahan PDRM dilaporkan menyatakan berada di Malaysia kerana merancang membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, Eran Haya.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button