7 laporan diterima kes pemandu e-hailing hina Islam, negara

Oleh – Syeikh Baran


7 laporan diterima kes pemandu e-hailing hina Islam, negara
Tangkap layar video tular seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan pemandu e-hailing yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Malaysia kepada pelancong asing baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima sebanyak tujuh laporan berhubung kejadian setakat ini.



“Usaha untuk mengenal pasti dan mengesan pemandu masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan tegas termasuk memberhentikan pemandu yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam kepada pelancong asing yang videonya tular di media sosial.

Dalam video dipercayai dirakam pelancong, pemandu berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berbual dengan pelancong asing yang menggunakan perkhidmatannya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis menerima laporan daripada peniaga berusia 49 tahun yang melihat video itu di TikTok semasa berada di rumahnya di Johor Bahru pada Rabu lalu.



Lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia kerana tidak berpuas hati disebabkan negara ini mengharamkan arak dan judi.

Siasatan berhubung kejadian itu dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button