Kontena Israel cuba masuk sempadan Kedah diarah berpatah balik

Oleh – Syeikh Baran


Kontena Israel cuba masuk sempadan Kedah diarah berpatah balik
Sebuah lagi kontena tertera logo ZIM dari Israel dikesan cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Kedah, semalam.

Sebuah lagi kontena tertera logo ZIM iaitu syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dikesan cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Kedah, semalam.

Timbalan Pengarah Kastam Kedah, Suhaime Affindi Zainol Abidin berkata, lori kontena itu cuba memasuki Malaysia melalui pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 12 tengah hari.



“Sebuah lori treler bernombor pendaftaran Thailand dikesan membawa kontena yang mengandungi dagangan peralatan komputer melakukan pengikraran Borang K1 bagi tujuan pengimportan ke dalam negara.

“Hasil penelitian anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kenderaan tersebut ditahan untuk mendapat pengesahan dan kemudian telah diarah berpatah balik ke Thailand pada pukul 1.30 tengah hari, hari sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button