Menunggang Agama Bukan Jaminan Kejayaan Politik

Menunggang Agama Bukan Jaminan Kejayaan Politik

Menunggang Agama Bukan Jaminan Kejayaan Politik

 

Dalam Pilihanraya Peringkat Kebangsaan India, pengundi di India telah membuat keputusan yang di luar jangkaan.

Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi gagal mencapai majoriti mudah.



Ianya telah memaksa BJP yang dipimpin oleh Modi terpaksa berkongsi kuasa dengan parti lain untuk membentuk kerajaan.

Lok Sabha, Dewan Rendah Parlimen dwidewan India, menetapkan jumlah kerusi sebanyak 272 sebagai majoriti keseluruhan bagi sesebuah parti untuk membentuk kerajaan sendiri.

BJP kali ini hanya menang 240 kerusi, tidak mencapai majoriti mudah.

Gagal menguasai sebanyak 32 kerusi lagi, sekali gus meningkatkan pergantungan kepada parti sekutu dalam gabungannya.



Sebelum ini, BJP memenangi 282 melebihi majoriti diperlukan.

Dan 303 kerusi masing-masing pada pilihan raya 2014 dan 2019, membolehkan Modi mentadbir sendiri tanpa campur tangan wakil parti lain selama ini.

Modi terpaksa bertolak ansur dan mengambil kira sentimen sekutu utama seperti Parti Telugu Desam (TDP) dari negeri selatan Andhra Pradesh.

Dan Janata Dal (United) atau JDU dari negeri Bihar timur untuk memastikannya dapat terus memimpin kerajaan gabungan.



Sebelum pilihanraya, ramai pemerhati politik menjangkakan BJP pimpinan Modi tidak akan menghadapi masalah untuk mentadbir secara bersendirian.

Ianya berdasarkan kejayaan pentadbiran modi mendapatkan perintah mahkamah untuk membina Kuil Ram di atas tapak robohan Masjid Babri di Ayodhya.

Malah Modi sendiri telah merasmikan kuil Hindu tersebut.

Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku.



Bukan sahaja BJP pimpinan Modi gagal membentuk kerajaan bersendirian, malah calon BJP tewas di Ayodhya.

Apa mesej yang diberikan pengundi di India kepada politikus di Malaysia.

Isu agama bukan jaminan kemenangan kepada parti politik yang berfahaman sempit dengan menunggang agama.

Bukan pengundi tidak ambil kesah dengan agama mereka tetapi mereka bosan dan mual bila melihat agama dijadikan tunggangan untuk menagih sokongan.



 

Menunggang Agama Bukan Jaminan Kejayaan Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button