Peguam hantar permohonan bertemu ibu bapa Zayn Rayyan esok

Oleh – Syeikh Baran


Peguam hantar permohonan bertemu ibu bapa Zayn Rayyan esok
Bapa dan Ibu kepada Zayn Rayyan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, kelmarin.

Peguam ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan membuat permohonan kali kedua untuk bertemu dengan pasangan tersebut, esok.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin berkata, beliau amat berharap dapat bertemu pasangan itu sebelum tempoh reman enam hari tamat, Rabu ini.



“Buat masa ini, kami masih tidak diberikan akses untuk bertemu anak guam malah kami tidak menerima apa-apa maklum balas daripada permohonan pertama.

“Justeru, kami akan menghantar permohonan kali kedua esok untuk bertemu mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan pasangan berkaitan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai usaha dalam lengkapkan kertas siasatan.



Setakat ini, pihak polis telah memanggil pengasuh Zayn Rayyan dan dua ahli keluarganya untuk dirakam keterangan dalam tempoh reman pertama.

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga Rabu ini (12 Jun) bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button