Polis siasat lelaki cabul wanita di pasar raya Selayang

Oleh – Syeikh Baran


Polis siasat lelaki cabul wanita di pasar raya Selayang
Tangkap layar wanita dicabul lelaki tidak dikenali ketika berada di sebuah pasar raya.

Polis sedang menyiasat laporan kes cabul melibatkan seorang wanita di sebuah pasar raya sekitar Selayang di sini pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kes itu membabitkan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.



“Kita sedang menyiasat kes cabul terhadap wanita berkenaan yang dipercayai berlaku di sebuah premis di Selayang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian tersebut tular di Facebook.

Difahamkan, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami trauma.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button