Beranikah Lim Lip Eng Di Siasat Sebagaimana Hannah Yeoh

Beranikah Lim Lip Eng Di Siasat Sebagaimana Hannah Yeoh (1)

Beranikah Lim Lip Eng Di Siasat Sebagaimana Hannah Yeoh

 

Isu Asia Mobility Technologies milik suami Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, yang dianugerahkan Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor nampaknya belum reda.

Malah ianya dijangka akan menjadi semakin hangat dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Bakap yang akan diadakan pada 6 Julai ini.



Ada yang mempertikaikan kerana mengapa hanya dua syarikat dilantik dan syarikat pula ada kepentingan kontraktor DAP.

Transparency International Malaysia (TI-M) turut mempersoalkan ketelusan memproses tender yang menggunakan rundingan terus oleh kerajaan negeri Selangor.

“Apa yang lebih menarik, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Ramachandran Muniandy merupakan suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.”

“Persoalannya, mengapa tiada proses tender?”



“Beliau merupakan seorang daripada menteri yang dilihat berdedikasi dan cekap dalam kabinet.”

“Isu ini akan dilihat secara negatif oleh ramai dan akan meletakkan beliau dalam keadaan yang amat sukar,” menurut kenyataan yang dikeluarkan TI-M.

Kunci Utama Meleraikan Kes DRT

 

Kenyataan pertama SPRM mengatakan tiada unsur salah guna kuasa dalam penganugerahan kontrak DRT kepada Asia Mobility Technologies milik Ramachandran Muniandy suami Hannah Yeoh.



Alasannya adalah kerana kontrak tersebut diberikan oleh Kerajaan Selangor dan tiada kaitan dengan potfolio Hannah Yeoh di pusat.

Namun begitu, kenyataan Anwar Ibrahim yang mahu supaya ianya terus disiasat telah membuatkan SPRM mengeluarkan kenyataan kedua.

Menurut SPRM ada petunjjuk baharu untuk SPRM membuka kertas siasatan dalam isu tersebut.

Mengapa kenyataan yang berbeza dikeluarkan SPRM selepas Anwar sendiri memberikan arahan?



Lebih menghairankan, bagaimana sebuah entiti seperti SPRM dilihat seakan hilang punca dalam melakukan siasatan?

Menurut lapuran dari portal Corporates Untold, kunci kepada projek runding terus di Selangor adalah Satya Kumar.

Corperates Untold juga mendakwa, Satya Kumar diperalatkan oleh Ramachandran Muniandy suami Hannah Yeoh dan Premesh Chandran A/L Jeyachandran untuk menjalankan projek tersebut.

Ramachandran Muniandy juga adalah pemilik syarikat Redbeat Capital Sdn Bhd, anak syarikat kepada Air Asia Group Bhd.



Manakala Premesh pula adalah bekas Ketua Pengarah Eksekutif MalaysiaKini.

Sekiranya dakwaan Corperates Untold benar, orang yang pertama yang mesti disiasat SPRM adalah Satya Kumar.

Kerana beliau mempunyai segala maklumat mengenai projek DRT, malah mungkin juga majoriti projek runding terus di Selangor.

Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Hannah Yeoh kerana secara terbuka menyatakan keberanian beliau untuk disiasat.



Bagaimana Pula Dengan Lim Lip Eng, Beranikah Di Siasat SPRM?

 

Dalam kesibukan kita membincangkan projek DRT, terbongkar satu lagi skandal yang melibatkan pemimpin DAP, Lim Lip Eng.

Lim Lip Eng dan pegawai khasnya, Chua Choon Yin, dikatakan meraih untung sebagai konsultan JMB di Kuala Lumpur.

Mereka cuba mengawal badan perwakilan penduduk Joint Management Body ( JMB) dan kini Management Corporation (MC) di kediaman berstrata.

Mereka mengawal JMB dan MC untuk menentukan proksi serta kroni perniagaan mereka dapat memonopoli servis-servis yang diperlukan di dalam unit kediaman berstrata.

Chua Choong Yin pula mempunyai kroni dalam JMB Icon Residence Mont Kiara, ialah Seow Choo Kiong bendahari lama JMB.

Pengurusan JMB lama dan Seow Choo Kiong telah menganugerahkan syarikat miliknya sendiri untuk mendapatkan beberapa projek di kondominium Icon Residence.

Ada banyak lagi isu kartel JMB yang melibatkan Chua Choong Yin di Icon Residence Mont Kiara serta kroni mereka Seow Choo Kiong.

Chua Choong Yin mahu mengawal semua JMB di kawasan Kepong kerana hasil yang lumayan.

Selain dari Icon Residence, kartel DAP Lim Lip Eng digerakkan pegawai khasnya Chua Choong Yin turut menguasai JMB Mesra Terrace dan Casa Magna.

Bila dibuat aduan dibuat kepada Suruhanjaya Bangunan (COB) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur oleh pihak Management Council (MC) tampil pegawai khas Ahli Parlimen DAP Kepong hadir menjadi konsultan mempertahankan Bendahari JMB.

Memandang ianya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adakah Nga Kor Meng selaku menteri juga terlibat?

Persoalan yang lebih besar kepada Lim Lip Eng dan Nga Kor Meng, beranikah mereka disiasat sebagaimana Hannah Yeoh?

 

Beranikah Lim Lip Eng Di Siasat Sebagaimana Hannah Yeoh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button