Lelaki berbogel maut dibunuh dalam pergaduhan

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki berbogel maut dibunuh dalam pergaduhan
Gambar Hiasan

Lelaki maut dalam keadaan bogel dipercayai akibat dibunuh dalam pergaduhan berhadapan sebuah kilang di Klebang, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira 12.20 tengah malam.



Menurutnya, orang awam memaklumkan berlaku pergaduhan hingga mengakibatkan kematian mangsa tanpa pengenalan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati kesan luka pada bahagian dada, telinga dan kaki termasuk disebabkan tikaman.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan dan tiada dokumen pengenalan diri. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka pada bahagian dada, telinga dan kaki mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, dan disahkan meninggal dunia disebabkan terdapat kesan tikaman,” katanya melalui kenyataan, hari ini.



Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,

Katanya, pihak polis sedang mengesan suspek dan saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button