4 sekawan larikan barangan kemas Kieda Crepe dilanjut reman

Oleh – Syeikh Baran


4 sekawan larikan barangan kemas Kieda Crepe dilanjut reman
Empat sekawan dilanjut reman tiga hari lagi hingga 14 Jun ini bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan larikan barang kemas milik Kieda Crepe.

Tempoh reman empat sekawan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pecah masuk rumah dan melarikan barang kemas milik pempengaruh yang juga pengusaha dessert, Kieda Crepe di Kepala Batas, April lalu disambung tiga hari lagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, reman terhadap empat suspek terdiri dua wanita dan dua lelaki berusia antara 20 hingga 27 tahun itu bermula hari ini.



“Polis hari ini telah mendapat perintah lanjutan reman terhadap empat suspek sama yang ditahan pada 5 Jun lalu selama tiga hari lagi hingga 14 Julai ini.

“Ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Pengadu belum dipanggil untuk membuat pengecaman,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan empat sekawan ditahan reman selama enam hari bermula 6 Jun lalu bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Penahanan ke atas mereka dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di hadapan Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada 5 Jun lalu.



Suspek yang berasal dari selatan dan Pantai Timur ketika itu baru sahaja selesai menjalani prosiding membabitkan satu kes pecah rumah di ibu negara.

Semasa tangkapan, polis turut merampas sejumlah barang kemas dengan anggaran nilai RM40,000.

Minggu lalu, usahawan makanan dan juga pempengaruh media sosial, Kieda Crepe mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan perompak.

Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra,27 berkongsi mengenai kejadian itu menerusi platform Tiktok bersama suaminya, Muhammad Hilmi Mohd. Zaki.



Berdasarkan perkongsian dalam video berdurasi enam minit 34 saat itu, Kieda berkata, dia baru mempunyai kekuatan untuk menceritakan kejadian yang genap 40 hari itu kepada rakan pengikutnya.

Kejadian disedari sebaik dia dan keluarga pulang ke rumah kira-kira jam 11.40 malam dan mendapati tingkap kediamannya telah diumpil sebelum menyedari sebuah peti besi yang mengandungi barang kemas yang di letakkan di bilik tidur dilarikan perompak.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button