EPL: Peluang terakhir Arteta bukti layak

EPL: Peluang terakhir Arteta bukti layak

EPL: Peluang terakhir Arteta bukti layak
ARTETA dan Arsenal melalui kekecewaan buat musim kedua selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan kedua di belakang City. – AFP

LONDON – Sejak berada di bawah bimbingan Mikel Arteta, Arsenal boleh dianggap sudah kembali menjadi salah satu kuasa besar Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berjaya mencabar kejuaraan dua kali berturut-turut.

Bagaimanapun, ia masih belum cukup untuk The Gunners menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana dalam tempoh dua dekad apabila sekadar menamatkan kempen 2022/23 dan 2023/24 sebagai naib juara di belakang Manchester City.

Keadaan itu sedikit sebanyak menyebabkan penjaga gol legenda Arsenal, Jens Lehmann tampil mempersoalkan sama ada Arteta merupakan individu tepat bagi mengemudi pasukan itu menjadi juara.



“Memang tidak dapat dipertikaikan bahawa Mikel Arteta sudah melakukan tugas yang sangat baik bersama Arsenal, tetapi saya tidak pasti sama ada beliau merupakan jurulatih tepat buat The Gunners.

“Beliau perlu membuktikannya kerana kami hampir memenangi gelaran liga sebanyak dua kali, tetapi sebaik sahaja saingan menghampiri penghujung, kami mula mencatat keputusan seri dan kalah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muslihat Mahathir – Laporan RCI FOREX RM30 bilion diperap, Tapi mahu RCI Batu Puteh di buka kepada Umum




Bekas penjaga gol Jerman itu menjelaskan, mana-mana pasukan memerlukan jurulatih yang memiliki personaliti sebagai juara dan tahu bagaimana untuk berdepan tekanan ketika situasi genting.

“Kadang-kadang individu yang bertanggungjawab membawa masuk jurulatih tidak tahu bahawa personaliti juara sangat penting. Mereka perlu ambil tahu sama ada jurulatih itu mampu menghadirkan kejuaraan ataupun tidak,” ujar Lehmann. – AGENSI

EPL: Peluang terakhir Arteta bukti layak

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button