Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atau bebas? Tunggu kenyataan Pengarah JSJ

Oleh – Syeikh Baran


Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atau bebas? Tunggu kenyataan Pengarah JSJ
Zayn Rayyan.

Persoalan sama ada ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Martin akan didakwa esok atau tidak masih menjadi misteri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kenyataan berkenaan kes tersebut akan dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.



“Reman akan tamat esok, jadi tidak dapat berkongsi apa-apa petang ini. (Sambung reman atau terus tuduh esok) Kedua-dua suspek tidak boleh sambung reman lagi.

“Tunggu Pengarah JSJ akan beri perkembangan kes itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau turut memaklumkan tidak mempunyai maklumat sama ada kertas siasatan telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Sama ada sudah lengkap atau belum lengkap (kertas siasatan), pihak Bukit Aman akan maklum nanti. Saya tidak maklumat yang lengkap untuk dikongsi. Tetapi benda itu (kertas siasatan) masih dalam proses,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran ibu Zayn Rayyan di lokasi kejadian, beliau menegaskan, perkara itu adalah sebahagian tindakan bagi melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan yang lengkap telah dihantar Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.



Pada 7 Jun lalu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 28 tahun telah disambung reman enam hari lagi dan akan tamat esok.

Sambungan reman itu susulan bagi melengkapkan siasatan susulan terdapat percanggahan keterangan daripada ibu, bapa dan saksi antara sebab siasatan lanjut dilakukan polis.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button