Ibu tetak anak perempuan sedang tidur

Oleh – Syeikh Baran


Ibu tetak anak perempuan sedang tidur
Gambar Hiasan

Seorang wanita warga emas kemurungan selepas kematian suami diberkas selepas menetak anak perempuan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Felda Kerteh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, mangsa yang berusia 46 tahun cedera pada bahagian leher dan dada sehingga menerima lima jahitan.



Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 71 tahun yang pada mulanya berbaring di ruang tamu tiba-tiba bangun menyerang anak perempuannya sedang tidur di dalam bilik dengan sebilah parang.

“Jeritan mangsa yang mengerang kesakitan telah didengari adik lelakinya yang berusia 33 tahun.

“Sebaik melihat kakaknya berlumuran darah, lelaki itu bertindak merampas parang dipegang ibunya sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, siasatan awal mendapati suspek kemurungan bukan sahaja disebabkan kematian suaminya pada April lalu malah sering berhalusinasi.



“Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Dungun di sini manakala suspek pula menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button