MOM belum bincang sasaran pingat Olimpik

MOM belum bincang sasaran pingat Olimpik

MOM belum bincang sasaran pingat Olimpik
NORZA akan membincangkan dengan semua pihak terlebih dahulu sebelum mengumumkan sasaran pingat pada Olimpik Paris. – AMIR KHALID

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) sedia mencari mekanisme terbaik sebelum mengumumkan sasaran pingat buat kontinjen negara menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebelum pengumuman rasmi dibuat berhubung sasaran pingat.

Tambahnya, proses-proses bagi menentukan sasaran pingat perlu diperhalusi bagi memastikan atlet-atlet yang menggalas cabaran negara pada Olimpik Paris nanti tidak berdepan tekanan tinggi.



“Saya belum sempat berbincang dengan YB (Hannah) berhubung perkara ini (sasaran pingat). Sudah tentu kami akan membincangkan langkah terbaik kerana sedia maklum kita tidak mahu atlet berada dalam keadaan tertekan.

“Seperti yang saya selalu katakan, impian setiap atlet adalah melayakkan diri ke Olimpik. Langkah terakhir sekarang untuk kita berikan sokongan kepada mereka,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muslihat Mahathir – Laporan RCI FOREX RM30 bilion diperap, Tapi mahu RCI Batu Puteh di buka kepada Umum




Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) yang turut dihadiri Hannah di MSN, Bukit Jalil semalam.

Sementara itu, beliau juga meramalkan kontinjen Malaysia akan diperkuatkan dengan 24 atau 25 atlet menggalas cabaran di Olimpik Paris selain mengharapkan kesemua mereka dapat mengelakkan sebarang kecederaan.

“Setakat ini yang kita ramal saiz kontinjen adalah dalam 24 atau 25 orang atlet sebagaimana sedia maklum. Bagaimanapun, kita tunggu hingga penghujung bulan ini jika ada penambahan atlet,” jelasnya.



Antara atlet yang diletakkan sandaran untuk meraih pingat emas Olimpik pertama negara adalah jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang serta dua wakil badminton iaitu Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

MOM belum bincang sasaran pingat Olimpik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button