Suami Afifah Nasir Beri Kejutan Hadiahkan Pas ‘Meet & Greet’ Konsert Judika [VIDEO]

Buat Netizen ‘Bersemut’!

Suami Afifah Nasir Beri Kejutan Hadiahkan Pas ‘Meet & Greet’ Konsert Judika [VIDEO]

Suami Afifah Nasir Beri Kejutan Hadiahkan Pas ‘Meet & Greet’ Konsert Judika [VIDEO]

Pelakon, Afifah Nasir sebelum ini pernah meluahkan rasa sedih apabila impiannya untuk mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Judika untuk hadir ke majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Mei tidak menjadi kenyataan disebabkan urusan peribadi.

Selepas hujan pasti akan ada pelangi, pihak pengurusan kepada Judika iaitu SAH Entertainment turut menghadiahkan sepasang tiket konsert Judika di Singapura buat Afifah dan suaminya itu sebagai hadiah perkahwinan.



Afifah, menerusi hantaran di Instagram, berkongsi momen istimewa apabila suaminya dikatakan secara senyap-senyap membelikan pas ‘meet & greet’ konsert Judika yang diadakan di Singapura pada Sabtu lalu buat isterinya itu sebagai kenangan terindah.

“Judika tidak dapat hadir membuat persembahan di majlis perkahwinan kami, tetapi SAH Entertainment membuatkan impian saya menjadi kenyataan dengan memberikan kami sepasang tiket konsert.

Apa yang membuatkannya lebih istimewa adalah suami saya secara senyap membelikan pas meet & greet untuk mengabadikan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semestinya mengimbas kembali kenangan saya dan suami pada konsert Marcell. Saya menjadi wanita yang paling bahagia, Alhamdulillah.”-kongsi Afifah di Instagram

Hantaran Afifah turut dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya berpendapat pasangan ini bertuah mempunyai peluang bertemu dengan penyanyi terkenal Indonesia itu, malah ramai yang memuji keserasian Afifah dan suami bagaikan pinang dibelah dua.



“Awh he’s the best! You guys are lucky 😍.”-Anzalna Nasir

“OMG Judika 🤩🤩. Please come to Helena’s birthday hahahahaha tiberr.”

“Sopan je hubby.”

“Fuyoo husband dia betul-betul tinggi, sekarang this is my favourite couple 😍.”



“Lawanya diaaa 😍😍 sama padan laaa 🔥🔥🔥.”

“Syantiiknya pengantin baru 😍.”

Suami Afifah Nasir Beri Kejutan Hadiahkan Pas ‘Meet & Greet’ Konsert Judika [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button