Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan tamat Khamis ini

Oleh – Syeikh Baran


Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan tamat Khamis ini
Ibu bapa Zayn Rayyan (gambar kecil) ketika tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, baru-baru susulan permohonan sambung reman oleh polis sebelum ini.

Tempoh reman kedua ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin akan tamat pada Khamis ini.

Perkara itu dimaklumkan Polis Selangor dalam kenyataan ringkas, sebentar tadi.



 

Terdahulu, Kosmo! melaporkan persoalan sama ada pasangan berusia 28 tahun akan didakwa atau tidak masih menjadi misteri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kenyataan berkenaan kes tersebut akan dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Menurutnya, pasangan itu tidak boleh disambung reman, namun menegaskan beliau tidak mempunyai maklumat sama ada kertas siasatan sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan di Puncak Alam, Selangor dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Pada 7 Jun lalu, pasangan tersebut disambung reman sebanyak enam hari lagi berikutan terdapat percanggahan keterangan daripada ibu, bapa dan saksi.

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember tahun lalu, sehari selepas dia dilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh ekoran terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button