Bonda Rozita Ibrahim Ditegur Netizen Berpakaian Ketat? [VIDEO]

“Labuhkanlah Skirt Tu…”

Bonda Rozita Ibrahim Ditegur Netizen Berpakaian Ketat? [VIDEO]

Bonda Rozita Ibrahim Ditegur Netizen Berpakaian Ketat? [VIDEO]

Usahawan yang juga ibu kepada jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi momennya ketika sedang bercuti di luar negara, baru-baru ini.

Bonda Rozita Ibrahim, menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang membeli belah di sekitar United Kingdom.



“Saya tak tahu jalan sendiri kalau tak ada orang temankan. Cara saya isi masa lapang, suka berkebun dan deko.”-kapsyen Bonda Rozita

“Labuhkanlah Skirt Tu…”

Walaubagaimanapun, penampilan Bonda Rozita Ibrahim pula mencetuskan pelbagai reaksi segelintir netizen yang memberikan teguran kepada Bonda yang dikatakan memakai pakaian yang ketat.

“Prefer her with motherly look. Macam ni pun cantik. Cuma, penampilan macam anak-anak gadis baru nak merasa hidup. Sorry Bonda. Positifkan apa yang saya cuba sampaikan ya.”

“Ada orang banyak duit tapi suka membazir, kan lebih baik sedekahkan pada yang memerlukan.”



“Setuju. Labuhkanlah skirt tu & pakai seluar kat dalam kalau nak elakkan  dari sejuk dan aurat pun terjaga. Lagipun faktor usia untuk orang kita nampak tak sesuai. Tapi kalau orang tua-tua barat dah terbiasa pakai skirt tak nampak pelik lagi pun mereka agama apa kan…”

“Boleh tahu besar / kecik mana betisnya, That is not right.”

Bonda Rozita Ibrahim Ditegur Netizen Berpakaian Ketat? [VIDEO]

Walau dikritik, penampilan Bonda tetap dipertahan peminat yang menegaskan bahawa penampilan usahawan ini tidaklah seketat seperti yang diperkatakan oleh segelintir netizen, malah ramai yang memintanya agar mengabaikan sahaja komen negatif terhadap dirinya itu.”



“Dah kenapa orang nak kecam style dia tak sesuai umur, elok je aku tengok. Semua elok bertutup je sopan.”

“Banyak betul penyakit hati. Komen mengalahkan ustaz ustazah. Orang tu tutup aurat elok je. Apa salah dia dressing macam orang muda?. Sepatutnya kita inspired untuk kekal cergas , happy dan bergaya macam umur 100 tahun.”

“Cantik, tertutup elok. Abaikan komen negatif Bonda. Bergaya je Bonda, yang penting tertutup. Ni kalau mak saya pakai macam ni pun saya kata tak apa.”



Bonda Rozita Ibrahim Ditegur Netizen Berpakaian Ketat? [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button