Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah

 

Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi melengkapkan siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak terbabit.

Peguam bela bapa kanak-kanak itu, Fahmi Abd Moin, dilihat masuk lobi mahkamah jam 11.15 pagi.



Ia kemudian disusuli peguam ibu Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, lima minit kemudian.

Fahmi berkata beliau dimaklumkan pada jam 9 pagi tadi untuk hadir ke mahkamah.

“Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan sehingga prosiding selesai.”

Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah jam 10.30 pagi, manakala beberapa individu dipercayai ahli keluarga mereka dilihat masuk lobi mahkamah jam 10.55 pagi.



Pengamal media tidak dibenarkan mengikuti prosiding kerana dijalankan secara tertutup.

Sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.

Peguam ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat, berkata anak guamnya itu memberi keterangan kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Pihaknya membuat bantahan terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu.



Pihaknya membantah permohonan terbabit mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

“Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 adalah pengakuan salah kalau dibuat dalam jagaan polis tidak boleh diguna pakai di mahkamah kecuali pengakuan itu dibuat di hadapan hakim atau majistret.”

“Dalam kes ini, ada atau tidak pengakuan salah yang dibuat anak guam.”

“Namun, menariknya anak guam tidak membuat sebarang pengakuan salah, sebaliknya memberi keterangan kepada majistret,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah di sini hari ini.



Mahmud turut memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak sahih membabitkan anak guam serta kematian kanak-kanak itu.

“Terdapat percanggahan yang ketara dan jelas apa yang diberikan anak guam menerusi keterangannya dengan apa yang diuar-uarkan di luar sana (spekulasi orang ramai).”

“Maka, saya mohon orang ramai untuk bekerjasama dan menghormati proses siasatan. Esok kita boleh mendengar dan melihat apa keputusan siasatan serta pertuduhan dibuat pendakwaan,” jelas beliau.

 



Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button