Piala FA: ‘Budak U’ gari The Cops, lolos ke suku akhir

Piala FA: ‘Budak U’ gari The Cops, lolos ke suku akhir

Piala FA: ‘Budak U’ gari The Cops, lolos ke suku akhir
Barisan pemain Universiti Malaysia meraikan kejayaan menewaskan PDRM FC 3-0 pada aksi Piala FA sebentar tadi, – Foto ihsan MFL

PASUKAN bukan pilihan, Universiti Malaysia mencipta sensasi tersendiri apabila menewaskan wakil Liga Super, Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) dalam aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium MP Selayang sebentar tadi.

Universiti Malaysia yang beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro mempamerkan penguasaan bola pada awal permainan sehingga memberi kesukaran buat The Cops yang dikendalikan oleh P. Manian.

Pasukan pelawat hanya memerlukan masa empat minit untuk menembus jaringan hasil rembatan Mohd Syahir Abdul Rahman.



Jaringan tersebut menaikkan semangat pasukan semi-pro itu untuk terus menggandakan asakan dengan kini giliran Muhammad Hadi Mohamad untuk menjadikan kedudukan 2-0 berselang lima minit kemudian.

Bersambung pada separuh masa kedua, PDRM FC dilihat cuba untuk merapatkan jurang gol tetapi setiap percubaan berjaya dipatahkan pasukan Universiti Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.




Kelekaan The Cops pada penghujung perlawanan menyaksikan mereka dibolosi buat kali ketiga pada masa kecederaan hasil jaringan Muhammad Zharif Nazhan Refli.

Kemenangan itu juga menyaksikan Universiti Malaysia mara ke pusingan suku akhir dan akan menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Kelantan Darul Naim (KDN) FC. – KOSMO! ONLINE

Piala FA: ‘Budak U’ gari The Cops, lolos ke suku akhir

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah

 




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button