Siti Nurhaliza Betulkan Tudung Sharifah Shahirah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Saja Buat Buruk, Boleh Tokti Betulkan”

Siti Nurhaliza Betulkan Tudung Sharifah Shahirah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Siti Nurhaliza Betulkan Tudung Sharifah Shahirah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Nak Jugak Tokti Betul Kan Tudung, Love Tokti”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial milik @sitinurhalizafan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 22 ribu, tanda suka sebanyak 576 dan sebanyak 15 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang membetulkan tudung yang dipakai oleh Sharifah Shahirah itu.

“Kita kalau pakai tudung, saje je buat buruk buruk boleh Siti betulkan”-Kata Sharifah Shahirah

@sitinurhalizafan



Comel Bila @DS @Siti Nurhaliza Betulkan Tudung Sis @shieraijoy 💕

♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti sangat merendah diri dan tidak malu untuk membetulkan tudung rakannya itu. Tambah mereka lagi, ramai yang teringin untuk Tokti membetulkan tudung mereka.

Siti Nurhaliza Betulkan Tudung Sharifah Shahirah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button