Wanita maut dalam rumah disahkan dibunuh, anak lelaki direman

Oleh – Syeikh Baran


Wanita maut dalam rumah disahkan dibunuh, anak lelaki direman
Gambar Hiasan

Polis mengklasifikasi semula kes seorang wanita ditemui mati dalam keadaan muka berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Mujur kelmarin, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tindakan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat wanita berusia 60 tahun terbabit.



Katanya, berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 9.15 pagi semalam, mangsa maut kerana kecederaan di kepala dan leher akibat objek tumpul.

“Siasatan kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

“Berikutan itu, lelaki berusia 36 tahun yang juga anak mangsa ditahan pada hari kejadian untuk siasatan lanjut dan kini direman selama tiga hari berakhir esok

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 11 rekod pelbagai kesalahan jenayah dan lapan rekod bersabit kes dadah,” katanya di sini hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button