Kedai emas dirompak rugi RM3.2 juta

Kedai emas dirompak rugi RM3.2 juta

Kedai emas dirompak rugi RM3.2 juta
TANGKAP layar video tular kejadian rompakan di sebuah pasar raya di Kajang, semalam.

KUALA LUMPUR: Rompakan di sebuah kedai emas dalam sebuah pusat beli-belah di Kajang, dekat sini, oleh empat lelaki bersenjata api, semalam mengakibatkan kerugian kira-kira RM3.2 juta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman, yang mengesahkan perkara itu berkata buat masa ini belum ada sebarang tangkapan dan pihak polis sedang giat memburu suspek.

“Siasatan kes masih berjalan. Setakat ini tiada tangkapan. Kerugian adalah dianggarkan RM3.2 juta,” katanya menerusi kenyataan ringkas, hari ini.



Katanya, tujuh saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan, setakat ini termasuk pekerja di kedai emas terbabit.

“Kita dalam tindakan untuk merakam keterangan beberapa lagi saksi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?



Terdahulu, media melaporkan empat lelaki bersenjata api dan berpakaian seperti pengawal keselamatan, merompak sebuah kedai emas dalam sebuah pusat beli belah di Kajang dekat sini, semalam.

Rompakan dilaporkan berlaku jam 3.17 petang dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima laporan awam berhubung kejadian pada jam 3.30 petang.

Mohamad Nasir dilaporkan berkata empat lelaki dalang rompakan dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng serta bersarung tangan gelap.

Katanya, suspek didapati bersenjatakan dua pistol dan selaras senapang dengan seorang daripada mereka melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis berkenaan.



Mereka kemudian memecahkan cermin kaca tempat simpanan emas menggunakan tukul besi sambil mengambil barang kemas.

“Kesemua suspek kemudian melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati walaupun tidak membabitkan kecederaan mahupun kematian.

Mohamad Nasir turut meminta saksi awam untuk tampil membantu siasatan polis dengan berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-2446768 atau mana-mana balai polis berhampiran.



Kedai emas dirompak rugi RM3.2 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button