Kerajaan teliti implikasi letak SPRM bawah Parlimen – PM

Oleh – Syeikh Baran


Kerajaan teliti implikasi letak SPRM bawah Parlimen – PM
Anwar (gambar) menghadiri kenduri korban di rumah rakan baiknya di Kampung Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam, hari ini.

Kerajaan akan meneliti implikasi berhubung cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, perkara itu harus dibincangkan secara terperinci sebelum ia dapat direalisasikan.



“Itu harus kita bincang kerana ahli politik ini kadang-kadang juga dipantau (SPRM).

“Jadi, kita kena teliti implikasi juga sebab ahli politik sekiranya diberi kuasa itu berada dalam radar SPRM, maka kita kena teliti syarat-syarat ketat (sebelum melaksanakannya),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki membangkitkan isu tidak bersetuju dengan cadangan terbabit ketika menjadi tetamu podcast satu penerbitan berita.

Ini kerana, Azam berkata SPRM satu-satunya agensi dipantau lima badan bebas berbanding Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang hanya dipantau empat badan pengawasan.



Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun SPRM tidak diletakkan di bawah Parlimen namun menjadi tanggungjawab badan itu untuk menjalankan siasatan sekiranya terdapat salah laku.

“Sekarang ini, yang penting siasat dan ada bukti yang nyata, yang kena dakwa, jawab, itu yang penting.. Kemudian gunakan ‘technical argument’, jangan lari dari kenyataan.

“Saya tak peduli dan kalau ada bukti, jangan reka, jangan aniaya, ada bukti jawab, ada fakta jawab, itu yang penting,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat SPRM ‘garang’ dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang terpalit dengan kes rasuah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button