Lelaki bawa 4kg syabu ditahan, rakan larikan diri diburu

Lelaki bawa 4kg syabu ditahan, rakan larikan diri diburu

Lelaki bawa 4kg syabu ditahan, rakan larikan diri diburu
Hasan (tiga dari kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di Sapi Nangoh, Beluran. – Foto PDRM

BELURAN: Lelaki ditahan bersama dadah seberat empat kilogram yang dianggarkan bernilai RM130,304 ketika cuba melepasi sekatan jalan di Sapi Nangoh, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek bersama seorang lagi rakannya iaitu pemandu kereta ditahan untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, sebaik Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui dadah yang disembunyikan di dalam bonet kereta, rakan suspek terus melarikan diri menggunakan kenderaan berkenaan.



Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid, berkata semua dadah jenis syabu berkenaan disimpan di dalam plastik berwarna merah yang bertulis ‘Guanyinwang Refined Chinese Tea’.

“Suspek warga tempatan berusia 43 tahun itu terus ditahan manakala rakan suspek yang dikenali sebagai Justin Vau Langat, 27, masih diburu polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?




“Semakan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B akta sama,” katanya pada sidang media di IPD Beluran, di sini, hari ini.

Hasan berkata, usaha mengesan seorang lagi suspek masih dijalankan dan kenderaan terakhir yang dipandu adalah jenis Proton Saga kelabu dengan nombor pendaftaran SYR7763.

Katanya, berdasarkan semakan lanjut, suspek juga mempunyai rekod sebagai orang dikehendaki mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Hasan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Solahuddin Mohamad di talian 019-9810144.



“Maklumat juga boleh disalurkan ke IPD Beluran di talian 089-511222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Lelaki bawa 4kg syabu ditahan, rakan larikan diri diburu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button