Penganggur dicekup akibat khianat rumah tentera

Oleh – Syeikh Baran


Penganggur dicekup akibat khianat rumah tentera
Gambar Hiasan

Seorang lelaki sakit mental dicekup polis akibat perbuatan khianatnya merosakkan tombol pintu rumah anggota tentera di sebuah kondominium Jalan Persiaran Ampang Ukay, di sini, 13 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, anggota tentera berkenaan dimaklumkan pengawal keselamatan bahawa tombol pintu rumah telah kemek dan rosak akibat perbuatan suspek pada pukul 9 malam.



“Susulan laporan yang dibuat, suspek berusia 35 tahun ditahan di kawasan sama pada pukul 11.15 malam 14 Jun. Kita turut merampas satu batang besi bagi membantu siasatan.

“Suspek yang merupakan penganggur didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek direman selama empat hari bermula 15 Jun dan disambung reman hingga Jumaat ini.

“Kita belum mengenal pasti motif kejadian namun suspek disyaki mengalami masalah mental.



“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan khianat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan melakukan khianat terhadap harta benda orang lain.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button