Suami isteri dera anak angkat hingga mati, dilanjut reman lima hari lagi

Oleh – Syeikh Baran


Suami isteri dera anak angkat hingga mati, dilanjut reman lima hari lagi
Gambar Hiasan

Tempoh reman pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes dera hingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanjutkan sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perintah reman ke atas lelaki berusia 66 tahun dan isterinya berusia 27 tahun itu disambung lima hari lagi selepas ditahan reman tujuh hari sebelum ini.



Katanya, pasangan itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan terperinci perlu dijalankan sebelum pendakwaan dibuat, jadi kita membuat permohonan sambung reman,” katanya di sini hari ini.

Pada 10 Jun lalu, sepasang suami isteri ditangkap di kediaman mereka di Silibin di sini berikutan kematian anak angkat yang ditemukan dengan kesan lebam di badan.

Selain lebam di seluruh badan disyaki dipukul dengan objek tumpul, pemeriksaan mendapati ada luka koyak dan lebam pada peranakan luar dan dubur mangsa.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button