Wanita antara 9 ditahan susulan kes bunuh di tapak pembinaan

Wanita antara 9 ditahan susulan kes bunuh di tapak pembinaan

Wanita antara 9 ditahan susulan kes bunuh di tapak pembinaan
FOTO hiasan.

IPOH: Polis menahan sembilan warga asing susulan penemuan mayat seorang lelaki dengan enam kesan tikaman, kesan calar pada muka dan mulut berdarah di sebuah tapak pembinaan di Taman Menglembu, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata mereka berusia 21 hingga 41 tahun, termasuk seorang wanita ditahan sekitar jam 5 pagi tadi.

Katanya, kumpulan warga asing itu direman tujuh hari sehingga 24 Jun bagi membantu siasatan kes kematian mangsa yang juga warganegara asing.



“Maklumat kes diterima daripada orang awam jam 1.23 pagi tadi, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dengan enam kesan tikaman, kesan trauma oleh objek tumpul pada kiri muka, calar di bahagian badan dan mulut berdarah.

“Hasil bedah siasat jam 11 pagi tadi mendapati punca kematian adalah disebabkan trauma objek tumpul pada kepala. Serakat ini, identiti mangsa masih dalam semakan dan pengesahan oleh pihak majikan,” katanya dalam kenyataan.

Abang Zainal Abidin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat dimohon tampil membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 atau balai polis berhampiran.

Wanita antara 9 ditahan susulan kes bunuh di tapak pembinaan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button