Isteri 14 tahun diperkosa rakan suami

Oleh – Syeikh Baran


Isteri 14 tahun diperkosa rakan suami
Gambar Hiasan

Seorang wanita Rohingya berusia 14 tahun dinodai rakan suaminya yang merupakan lelaki Myanmar ketika berada di sebuah rumah sekitar Taman Tasik Permai, di sini, 26 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa mendakwa telah didatangi suspek berusia 20 tahun kira-kira pukul 3 petang.



“Semasa mangsa berada di rumah, suspek telah memberitahu bahawa ayah mangsa sedang sakit.

“Sebaik tiba di rumah itu, suspek telah menarik tangan dan menutup mulut mangsa dengan menggunakan kain sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Susulan laporan dibuat, pihaknya berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai tukang besi.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah. Suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” jelasnya. 



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button