Liga Super: Selangor FC terus kebal di Petaling Jaya

Liga Super: Selangor FC terus kebal di Petaling Jaya

Liga Super: Selangor FC terus kebal di Petaling Jaya
PENYERANG Selangor FC, Ronnie Fernandez (kiri) meraikan jaringanya untuk tewaskan Perak FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Selangor FC terus kebal di laman sendiri dan kali ini berjaya mengatasi Perak FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Bagaimanapun Red Giants berdepan situasi mendebarkan sepanjang tempoh 26 minit terakhir apabila kehilangan khidmat Alexander Agyarkwa yang dilayangkan kad merah.

Terdahulu, Selangor FC sepatutnya sudah mampu berada di depan seawal minit ketujuh sebaliknya rembatan Alvin Fortes berjaya dihalang penjaga gol lawan, Ramdhan Ab Hamid.



Minit ke-24, Roonie Fernandez menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol pembukaan sekaligus menyaksikan Selangor FC makin selesa untuk menguasai permainan.

Walaupun cuba mencipta beberapa gerakan menarik, minit ke-40 Perak FC terus dihukum apabila pengadil perlawanan, Ahmad Zuhadi Dzukkifli menghadiahkan penalti buat Red Giants dan Roonie yang mengambil sepakan itu tenang untuk menambah jaringan kedua tuan rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil




Selepas cemerlang menggerakan jentera tengah Selangor FC untuk tempoh satu jam, khidmat Agyarkwa akhirnya terhenti pada minit ke-64 apabila dia dilayangkan kad merah kerana dikesan mengasari Wan Zack Haikal Wan Nor.

Kelebihan seorang pemain membolehkan The Bos Gaurus mula menggandakan asakan dan minit ke-70 ia hampir membuahkan hasil namun penjaga gol tuan rumah, Sam Somerville bertindak lebih pantas untuk melakukan pintasan sebelum bola sempat disentuh penyerang lawan, Clayton Da Silva.

Minit ke-78, pemain gantian Perak FC, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar akhirnya berjaya merobek gawang Selangor namun ia seakan sudah terlambat untuk memberikan kemenangan buat Selangor FC. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Selangor FC terus kebal di Petaling Jaya

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button