Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah benarkan penyataan palsu kepada SSM

Oleh – Syeikh Baran


Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah benarkan penyataan palsu kepada SSM
Gambar Hiasan

Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Bangi atas pertuduhan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 kerana membuat pernyataan palsu, hari ini.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan berkata, tertuduh Mohd. Latip Ahmad telah membenarkan seorang setiausaha syarikat membuat satu pernyataan palsu berkenaan butir material di dalam ‘Notification of Alteration Or Amendment To Constitution’ SNR Aircond Services &amp Accessories Sdn Bhd pada 30 Oktober 2019.



“Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Hakim Tuan Effendi Nazila Abdullah telah memerintahkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 11 Julai untuk sebutan semula kes.

Tambahnya, pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Amir Sharifuddin Hashim manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Muhammad Nazmi Hanafi dari Chambers of Yusman Azlin Anwar.

“SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam untuk memastikan maklumat yang diserah simpan di SSM adalah tepat dan terkini serta tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM.



“SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir disamping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button