Kali Ini Pembohongan Mahathir Betul Betul Tahap Dewa

Kali Ini Pembohongan Mahathir Betul Betul Tahap Dewa

Kali Ini Pembohongan Mahathir Betul Betul Tahap Dewa

 

Dr Mahathir dan pembohongan berpisah tiada.

Kalau mengikut rakan penulis, 10 perkataan yang keluar dari mulut Dr Mahathir, 15 perkataan tidak boleh dipercayai.



Bila penulis tanya kenapa 15 perkataan?

Jawab rakan penulis, 5 perkataan itu adalah pembohongan Dr Mahathir dalam percakapan beliau yang akan datang…😅😅😅

Baru-baru ini, dengan muka tak bersalah, Dr Mahathir mendakwa perpecahan Melayu yang berlaku adalah kerana kelemahan pemimpin selepas beliau.

Dr Mahathir berkata, sebahagian besar orang Melayu bersatu bawah UMNO ketika beliau berkuasa selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.



“UMNO mendapat kepercayaan tinggi orang Melayu sepanjang pemerintahan saya, membawa kepada Barisan Nasional (BN) menikmati sokongan dua pertiga dalam lima PRU.”

“Kemerosotan bermula apabila penggantinya Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan.”

“Pada 2008, ketika beliau bertanding pilihan raya, beliau kalah lima negeri.”

“Itulah permulaan perpecahan dalam UMNO.”



“UMNO menjadi sangat lemah dan rakyat tidak lagi menyokong UMNO.”

“Walaupun BN mendapat mandat besar pada PRU 2004, perpaduan Melayu mula runtuh bawah kepimpinan Abdullah.”

“Abdullah memimpin BN dalam kemenangan bersejarah pada 2004, menang 198 daripada 219 kerusi Parlimen.”

“Namun, pada PRU 2008 BN hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat selain penguasaan Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.”



“Pentadbiran Abdullah dicemari masalah dalaman dan dakwaan pilih kasih, menjurus kekalahan besar pada 2008.”

“Pada mulanya rakyat fikir beliau adalah pemimpin terbaik, dan mereka memberi sokongan penuh.”

“Tetapi, antara 2004 hingga 2008, didapati beliau tidak berkemampuan.”

“Pada satu masa, orang Melayu bersatu dalam UMNO.”



“Semua orang Melayu berada dalam UMNO, termasuk orang agama, berpendidikan Inggeris, berpendidikan Melayu, semua dalam UMNO.”

“Tetapi, mereka meninggalkan Umno apabila dibentuk parti politik berbeza.”

“Orang Melayu berpecah kepada empat atau lima parti politik,” dakwa Dr Mahathir.

Mahathir Mudah Lupa

 



Lupakah Dr Mahathir, beliau yang menyerang UMNO bila kehendak beliau untuk membina Jambatan Bengkok ke Singapura ditolak oleh Pak Lah?

Dan lupakah Dr Mahathir, siapa yang menubuhkan PPBM dan Pejuang yang menyebabkan perpecahan kuasa politik Melayu?

 

Kali Ini Pembohongan Mahathir Betul Betul Tahap Dewa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button