Bangun Stesen Super Hibrid pertama

Bangun Stesen Super Hibrid pertama

Bangun Stesen Super Hibrid pertama
NIK Airina (empat dari kiri) dan Azrul (empat dari kanan) bertukar dokumen selepas menandatangani perjanjian kerjasama membangunkan Stesen Super Hibrid pertama di lebuh raya.

“PLUS dengan sokongan Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pemain industri utama memainkan peranan dalam mengintegrasikan prinsip inovatif dalam operasi kami untuk membangunkan ekosistem lebuh raya pintar dan lestari.

“Pembangunan Stesen Super Hibrid ini akan memacu pelaksanaan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon negara.

“Selain itu, ia juga dapat memperluas kemudahan perkhidmatan mobiliti kami bagi menambahbaik pengalaman pengguna lebuh raya, di samping memberi peluang kepada mereka untuk menikmati amalan kelestarian sepanjang perjalanan mereka,” katanya dalam kenyataan.



Stesen Super Hibrid yang bakal diwujudkan di lebuh raya ini menyediakan perkhidmatan mobiliti menyeluruh seperti stesen petrol dan diesel berskala besar termasuklah stesen pengecasan pantas (DCFC) untuk pengguna kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, ia turut menyediakan kemudahan awam lebih selesa, perkhidmatan runcit serta ruang makanan seperti gerai makan, kafe dan restoran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?




Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Azrul Osman Rani berkata, pihaknya sentiasa meneroka peluang untuk menambah baik pengalaman pelanggan selari dengan komitmen syarikat untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dan bermanfaat.”Setiap touch point Stesen Super Hibrid ini akan direka bentuk dengan mengambil kira trend serta keperluan pelanggan.

“Kami yakin kolaborasi antara Petronas Dagangan dan PLUS akan meningkatkan keselesaan, kemudahan dan inovasi berfokuskan pelanggan, yang akan mengubah pengalaman pelanggan di lebuh raya,” katanya.

Bangun Stesen Super Hibrid pertama

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button