Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?

Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0

Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?

 

Sejarah politik memberitahu kita, tidak semestinya dengan segala kelebihan yang ada, ianya akan menjadi jaminan kepada kejayaan dalam pilihanraya.

Begitu juga sejarah sudah mengajar kita, sekiranya kekalahan dianggap remeh, maka ianya akan menjadi penyebab kekalahan yang seterusnya.



Sekiranya masih leka, maka ianya boleh membawa kepada kejatuhan total seseorang pemimpin atau sesebuah parti politik.

Tahun 2019, Pakatan Harapan 1.0, menerima aib yang besar dalam pilihanraya kecil parlimen Tanjung Piai.

Ketika itu, Pakatan Harapan adalah kerajaan pusat dan mereka juga adalah kerajaan negeri yang memerintah negeri Johor.

Kesemua pemimpin utama Pakatan Harapan yang ada ketika itu seperti PPBM, PKR, DAP dan PAN telah turun padang untuk memastikan kemenangan calon mereka.



Pelbagai peruntukan projek tempatan di Tanjung Piai telah diumumkan sama ada oleh kerajaan pusat atau pun kerajaan negeri Pakatan Harapan.

Mereka merasa sangat yakin dapat menewaskan dengan mudah calon dari Muafakat Nasional (kerjasama antara Barisan Nasional dan PAS) ketika itu.

Tetapi akhirnya, kerana merasa sangat yakin, mereka telah diberikan mesej yang cukup jelas oleh pengundi di parlimen Tanjung Piai.

Calon Muafakat Nasional, Wee Jeck Seng, telah berjaya memperolehi kemenangan besar dengan mengalahkan calon Pakatan Harapan dan 3 calon yang lain.



Wee Jeck Seng menewaskan calon Pakatan Harapan, Karmaini Sardini, dengan majoriti 15,086 undi.

Gagal membaca punca penolakan rakyat, Pakatan Harapan terus dihukum dalam beberapa siri pilihanraya kecil selepas itu, termasuk PRN Melaka dan PRN Johor.

Cendikiawan berkata, pentas dunia sentiasa akan mempamerkan sejarah yang berulang.

Perkara yang hampir sama berlaku sekali lagi di dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap.



Dengan segala kelebihan yang ada pada Kerajaan Perpaduan yang memerintah di pusat dan negeri, malah di parlimen, calon Kerajaan Perpaduan tetap tewas.

Kalah di peringkat DUN dengan majoriti lebih dari 4 ribu undi adalah sesuatu yang mesti ditangani secara serius.

Berhenti mendendangkan lagu Bangau oh Bangau.

 



Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button