Pembunuh Pengerusi MCA Marang dijel 30 tahun

Oleh – Syeikh Baran


Pembunuh Pengerusi MCA Marang dijel 30 tahun
Chow Lee (tengah) dipenjara 30 tahun kerana membunuh Pengerusi MCA Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Padah menembak mati rakan baiknya yang juga bekas Pengerusi MCA Bahagian Marang dan cuba membunuh anak saudara lelaki itu, seorang bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Ong Chow Lee, 60, membuat pengakuan bersalah atas kedua-dua pertuduhan pindaan terbabit.



Beliau memerintahkan Chow Lee dipenjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh manakala 13 tahun penjara bagi cubaan membunuh yang berjalan serentak.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa membunuh Fong Swee Fuan, 65, dan cuba membunuh anak saudara Swee Fuan iaitu, Teo Hock Beng, 48.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berada dalam keadaan mabuk setelah meninum beberapa botol arak tiba-tiba mengamuk lalu menembak Swee Fuan dan Hock Beng menggunakan selaras senapang patah milik Rela.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Chow Lee di bangsal Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Raya Wakaf Tapai, Marang antara pukul 1.20 hingga 1.55 petang, 23 Julai 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 akta sama. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button