Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?

Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan

Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?

 

YDP Dewan Rakyat, Johari Abdul, sudah membuat keputusan mengenai kedudukan 6 orang ahli parlimen PPBM yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Keputusan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan di kesemua 6 kerusi parlimen tersebut telah disampaikan melalui surat kepada parti PPBM.



Johari menyatakan tidak berlaku kekosongan 6 ahli parlimen PPBM yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

PPBM dilapurkan menerima surat bertarikh 9 Julai 2024.

Menurut Johari, keputusan 6 ahli parlimen PPBM tersebut adalah tidak bercanggah dengan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Johari juga mendakwa tindakan PPBM membatalkan keanggotaan 6 ahli parlimen tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



Di samping itu ianya juga bertentangan dengan peraturan parlimen yang menjamin kebebasan ahli parlimen untuk bersuara, berbahas dan mengundi.

Ironiknya, keputusan Johari dilihat jelas bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat oleh YDP Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Pada 19 Jun lepas, YDP Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.

Namun begitu, keputusan Mohd Amar adalah menurut Fasal 1 Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.



Walau pun kedua-dua keputusan di peringkat negeri dan pusat dibuat mengikut perlembagaan yang berbeza, namun asas kepada keputusan tersebut adalah sama.

Iaitu perlucutan ahli parti ke atas ahli parti yang bertindak bertentangan dengan arahan dan perlembagaan parti.

Persoalan yang timbul adalah, mengapakah ada 2 keputusan yang berbeza dalam asas pertimbangan yang sama.

Mungkinkah ini akan menimbulkan krisis perlembagaan yang baharu dalam negara kita?



 

Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button