Dua lelaki lari pemeriksaan polis sejauh 10km diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki lari pemeriksaan polis sejauh 10km diberkas
Gambar Hiasan

Tindakan dua lelaki yang melarikan diri ketika ditahan polis untuk pemeriksaan di kawasan Jalan Tebrau dekat sini mengundang padah apabila diberkas dalam kejadiaan awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kejadian berlaku sekitar jam 3.45 pagi ketika anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam sedang melakukan tugas rondaan.



“Anggota peronda MPV telah mengesan sebuah kereta yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan Jalan Tebrau, Johor Bahru.

“Ketika ditahan bagi tujuan pemeriksaan, suspek telah bertindak memecut kereta bagi melarikan diri sejauh 10 kilometer (km) sebelum terbabas di Jalan Anggerik 9, Taman Johor Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 28 dan 38 tahun itu kemudiannya diberkas dan hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah 13 kesalahan dadah manakala seorang lagi suspek mempunyai dua rekod kesalahan jenayah.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing turut mendapati suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine.



“Kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara dan direman dua hari mulai Khamis hingga Jumaat. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Sabit kesalahan, boleh dipenjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-duanya dan Seksyen 15(1k)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan boleh boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button