Hadi Fayyadh perkuat jentera serangan PDRM FC

Hadi Fayyadh perkuat jentera serangan PDRM FC

Hadi Fayyadh perkuat jentera serangan PDRM FC
HADI Fayyadh bakal memperkuatkan jentera serangan PDRM FC. -FOTO Ihsan pembaca

Seremban: Pemain yang pernah berkelana di Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, bakal memperkuatkan jentera serangan PDRM FC, bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

Ketua jurulatih PDRM, P Maniam mengesahkan perpindahan Hadi Fayyadh secara pinjaman ke pasukan itu.

Katanya, pemain berusia 24 tahun itu dijangka akan dapat beraksi dalam tempoh terdekat sebaik urusan perdaftaran perpindahan selesai.



“Ya, Hadi Fayyadh akan bersama kita (PDRM FC), persetujuan sudah dicapai untuk dia bersama pasukan ini, malah majlis menandatangi kontrak juga sudah dilakukan.

“Cuma urusan pendaftaran dalam proses dan kemungkinan dia akan boleh beraksi selepas segala urusan berkenaan selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?




Pengendali berpengalaman itu percaya kehadiran Hadi Fayyadh yang juga bekas penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, mampu memperkasakan lagi bahagian serangan PDRM dalam misinya untuk membawa pasukan itu meraih pencapaian terbaik musim ini.

Maniam yakin, sebagai seorang pemain berpengalaman, dia dijangka tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dalam pasukan berkenaan.

Mengulas kekalahan besar 1-5 kepada Sri Pahang FC, Ahad lalu, Maniam akui ia keputusan terburuk pernah dihasilkan anak buahnya musim ini.

Hadi Fayyadh perkuat jentera serangan PDRM FC




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button