2,384 mohon TSPKS 2.0

2,384 mohon TSPKS 2.0

2,384 mohon TSPKS 2.0
Ahmad Parveez

Kuala Lumpur: Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.

Inisiatif menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) itu menawarkan kemudahan skim geran padanan dengan jumlah bayaran balik kepada Agrobank adalah 50 peratus daripada pembiayaan.

Dalam kenyataannya, MPOB berkata setakat 13 September, 2024, hampir separuh daripada peruntukan dana itu telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan RM45.25 juta.



Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, keperluan modal yang mencukupi adalah penting bagi menampung usaha penanaman semula, termasuk anak benih selain penyediaan dan penyelenggaraan ladang sehingga pokok sawit mula mengeluarkan hasil pada tahun keempat.

“Pekebun kecil sawit sering bergelut untuk mendapatkan dana awal yang mencukupi untuk penanaman semula. Inisiatif TSPKS 2.0 ini memberi sokongan kewangan diperlukan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Usaha itu menawarkan bantuan kewangan kepada pekebun kecil bagi tujuan penanaman semula pokok sawit dan menggantikan ladang yang tidak lagi produktif.

Ahmad Parveez berkata, skim itu menawarkan pembiayaan sebanyak RM14,000 sehektar untuk pekebun kecil bebas di Semenanjung Malaysia dan RM18,000 sehektar bagi Sabah dan Sarawak dengan tempoh pembiayaan selama 12 tahun.

2,384 mohon TSPKS 2.0


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button