‘Influencer’ reka cerita hidup sengsara raih pendapatan lumayan

Oleh – Syeikh Baran


‘Influencer’ reka cerita hidup sengsara raih pendapatan lumayan

Seorang pesohor media sosial di China ditahan selepas memalsukan kisah hidupnya dengan berpura-pura dibesarkan oleh ibu angkat yang menghidap masalah mental.



Portal berita South China Morning Post melaporkan, tindakan itu dilakukan demi meraih simpati dan menjana keuntungan.

Gadis yang dikenali sebagai Xiao itu berkongsi di platform Kuaishou bahawa dia berumur 18 tahun dan tinggal di sebuah perkampungan di Liaoning, timur laut China.

Menurut Xiao, dia ‘dikutip’ dari jalanan dan dibesarkan oleh ibu angkat bersama neneknya, selepas ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya semasa kecil. 

Xiao juga mendakwa bahawa anak kandung kepada ibu angkatnya meninggal dunia dalam kebakaran beberapa tahun lalu, menyebabkan wanita tersebut mengalami trauma yang teruk. 



“Kejadian bertambah teruk apabila suaminya (ibu angkat) meninggalkan mereka kerana masalah kesihatan mental yang dihidapi,” kata Xiao. 

Kisah itu menyebabkan Xiao mencatatkan lebih 1.13 juta pengikut dan meraih simpati dari orang ramai. 

Dia juga memanfaatkan platform media sosialnya dengan menjual pelbagai barangan melalui penstriman langsung untuk menjana pendapatan. 

“Sekarang, saya sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan sambil menyara ibu angkat saya,” kata Xiao semasa siaran langsung.



Namun, pada 4 September lalu, Xiao dan ibu angkatnya ditahan selama 10 hari selepas mereka didakwa mereka-reka cerita untuk menagih keuntungan dan ‘mengganggu ketenteraman awam’. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button