SETIAUSAHA Perdagangan AS, Wilbur Ross. – AFP

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross berkata, tarif sebanyak 25 peratus ke atas keluli dan 10 peratus terhadap aluminium akan berkuatkuasa menjelang tengah malam ini waktu tempatan.

“Kami sedang menunggu rundingan diteruskan dengan Kanada, Mexico dan EU kerana ada beberapa isu yang perlu diselesaikan,” ujar Ross.

Sementara itu, EU berkata ia tidak mempunyai pilihan lain selain mempertahankan industrinya selepas AS bertindak mengenakan tarif berkenaan.

“Kami tidak mempunyai pilihan tetapi akan mempertahankan industri, pekerjaan dan kepentingan rakyat Eropah. Kami tidak akan menerima keputusan seumpama ini tanpa mengambil tindakan balas,” kata sekutu kepada Canselor Jerman, Angela Merkel iaitu Manfred Weber. – REUTERS