Tokyo mendakwa ekspedisi tersebut adalah sebahagian daripada penyelidikan saintifik tetapi aktivis menyatakan program berkenaan adalah ‘kejam dan tidak perlu’.

Secara keseluruhannya, sebanyak 333 ikan paus dibunuh ketika ekspedisi terbabit, menurut laporan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa Jepun kepada Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC) bulan lalu.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 122 ikan paus bunting dibunuh dan berpuluh lagi ikan paus pramatang turut menjadi mangsa.

Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa, menyifatkan statistik yang dikemukakan oleh Jepun itu sebagai mengejutkan dan menyedihkan. – AFP