Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan polis Indonesia bagi mengesan Jamal yang dipercayai bersembunyi di negara tersebut.

“Apa nak berlindung? Dia tahu dia buat salah, lepas itu dia lari. Saya minta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk memburu beliau. Katanya dia (Jamal) berada di Indonesia.

“Jadi kita akan minta kerjasama daripada pihak polis di sana, cari beliau bawa ke sini,” katanya kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai-nilai Murni Di Bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara, Kajang dekat sini, malam ini. – UTUSAN ONLINE