Ditipu Kawan Facebook Dari AS, Suri Rumah Rugi RM38,000

Seorang suri rumah kerugian RM38,000 gara-gara sebelum itu teruja untuk menerima  USD20,000 (RM79,630) yang kononnya sebagai bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menuntut wang itu.

mStar Online melaporkan, mangsa berusia 42 tahun dari Raub itu mendakwa wang tersebut dikirim dari Amerika Syarikat oleh rakannya yang dikenali melalui Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supritendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata,

“Mangsa kemudiannya berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan suspek yang mendakwa terharu mendengar kisah mangsa ingin memberikan wang USD20,000 sebagai duit belanja, yang mana mangsa bersetuju untuk menerimanya.

“Suspek kemudiannya mendakwa telah membuat transaksi, namun wang tersebut ditahan pihak kedutaan kerana perlu membayar GST sebelum mangsa boleh mendapat wang itu.”

Bagi tujuan tersebut, mangsa telah membuat pindahan wang bermula 17 Mei lepas ke dalam dua akaun berbeza yang diberikan suspek dan hanya menyedari dirinya ditipu selepas habis RM38000 diberikan.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub pada Khamis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.