Niat Nak Hantar Ibu Tunaikan Umrah, Rupanya Abam Ditipu

Dari dahulu hinggalah sekarang, ada sahaja kes penipuan pakej umrah yang disediakan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab sehingga membawa lari kesemua wang yang diambil oleh jemaaah-jemaah yang mahu ke tanah suci.


Abam Bocey juga telah menjadi mangsa penipuan apabila niat murninya untuk membawa ibu ke tanah suci berakhir dengan kekecewaan.

Dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak puluhan ribu ringgit akibat penipuan yang dilakukan oleh syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah tersebut. Bayaran penuh telah dibuat yang membabitkan dirinya dan dua lagi ahli keluarganya.

Foto: IG Abam

“Selepas membuat bayaran penuh, pemilik syarikat terbabit menunda beberapa kali tarikh penerbangan membuatkan saya berasa tidak sedap hati.


“Selepas itu, pemilik syarikat terbabit terus senyap sehingga sekarang. Sepatutnya saya dan ibu bertolak pada 5 Disember lalu, bagaimanapun impian kami untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama musnah”, katanya pada Harian Metro.

Foto: IG Abam

Abam redha dengan apa yang berlaku dan tidak akan mengambil tindakan terhadap pemilik syarikat tersebut.


“Biar Allah saja membalas perbuatan mereka itu. Saya reda dan percaya setiap berlaku ada hikmah disebaliknya.


“Barangkali mungkin belum rezeki saya membawa ibu menunaikan ibadah. Insya Allah kami bercadang menunaikan umrah hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Foto: IG Abam

Berat ujian yang Abam tanggung. Moga Abam tidak berputus asa mencari rezeki dan dipermudahkan niat membawa ibu ke tanah suci. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.