Pasangan suami isteri ditahan jual mercun

PASIR MAS 1 Jun – Tindakan sepasang suami isteri menambah pendapatan dengan menjual mercun dan bunga api membawa padah apabila mereka ditahan polis di Kampung Gelang Mas, di sini kelmarin.

Pasangan suami isteri itu ditahan pada pukul 5 petang oleh anggota trafik yang mendapati kenderaan jenis Proton Perdana dinaiki mereka dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berjaya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun dan bunga api.

“Siasatan awal mendapati mercun tersebut dibawa masuk melalui pengkalan haram di Mundok.

“Mercun tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk dijual. Kita percaya mercun dan bunga api ini untuk dijual di pasar-pasar malam,” katanya sambil memberitahu, pasangan suami isteri itu direman selama empat hari sehingga 3 Jun ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.