Projek 30 bilion Langkawi Diberi Pada Taikun Projek Bakun Yang Gagal?

Kroni / Proksi Mahathir yang pernah hanguskan berbilion wang rakyat dikatakan kembali dapat projek RM30 billion1 Jun 2018.Belum 100 hari Mahathir jadi PM, kroni / proksinya kembali mendapat projek RM30 bil

1. Sudah dikatakan Mahathir yang sangat licik kembali demi keluarga, anak – anaknya serta kroni dan proksinyanamun manusia licik ini sangat cekap mencipta persepsi dan kini dalam tempoh 12 bulan ini semua yang keluar dari mulut Mahathir akan didengar sebagai lagu yang lunak yang tidak sama sekali boleh dibantah. Tidak perlu menunggu lama 1 Jun kroni lamanya yang menjadi sebahagian punca jahanam wang rakyat sekitar 1998. Berbilion wang rakyat terpaksa dijahanamkan untuk bail out projek Ekran Berhad milik Tan Sri Ting Pek Kiing.

Antara dokumen yang terdedah 1999 untuk melihat dokumen klik http://chegubard.blogspot.com/2018/06/belum-100-hari-kroni-proksi-mahathir.html

2. Pada 12 Disember 1999 jam 12.22 tengahari Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang menyebut dengan terperinci mengenai salah guna kuasa Mahathir, Daim, Ling Leong Sik berkaitan jahanamnya berbilion wang rakyat untuk bail out projek Bakun yang gagal, projek tanpa tender yang diberikan kepada Ekran Berhad milik kawan Mahathir iaitu Pek Kiing. Laporan ini antara jenayah besar dan penting Mahathir dan laporan Anwar buat ketika dalam Anwar dizalimi dalam tahanan regim Mahathir ketika itu. Serentak dengan laporan itu tersebar dan terdedah juga beberapa keping surat antara Ekran (Pek Kiing) dengan Daim juga Mahathir. Ketika itu saya juga antara webmaster terlibat turut menerima salinan untuk disebarkan. klik sini untuk butiran laporan polis Anwar yang masih saya simpan.

3. Namun semua tidak diambil tindakan , ia terus disenyapkan serentak seperti pendedahan berbilion wang rakyat dirompak Mahathir, kroni dan proksinya. Semua agensi termasuk mahkamah dicengkam hebat oleh kuku besi diktator selaku Perdana Menteri ke 4. Malah siapa berani bercakap dari dibuang kerja, ditangkap malah dipenjara tanpa bicara (ISA) dengan tuduhan palsu iaitu mengumpul senjata dan bom untuk membuat huru hara.

4. Tidak perlu menunggu lama belum 100 hari lagi pasukan Mahathir sudah menunjukkan belang. 1 Jun 2018 individu yang dibail out berbilion menjahanamkan wang rakyat muncul lagi. Ting Pek Kiing dapat projek tambak laut untuk pembangunan mewah bernilai RM30 billion. Apa kelayakan Pek Kiing ? Berapa pula wang rakyat akan jahanam untuk bail out projek ini lepas gagal nanti ? Projek ini katanya akan dapat dana dari luar adakah dana luar sebelum ini dikatakan penjajahan bentuk baru ? Bagaimana dengan kesan alam sekitar ? kesan impak sosial setempat ? adakah semua akan hancur diketepikan seperti projek Bakun juga ?

5. Ingat…. Ingat… ingat …. 1. Empangan Bakun , antara kontrak (projek) Mahathir bagi pada kroni / proksinya Tan Sri Ting Pek Khiing bernilai hampir RM21 bilion (termasuk 650km kabel dasar laut )….tanpa tender ! Ingat Ekran syarikat Pek King tak pernah buat empangan pun.

6. Idea Bakun ni awal 80an masa awal Mahathir jadi PM. 1986 di Persidangan Alam Sekitar di Rio dia menipu konon nya projek di hentikan sebagai menyelamat alam sekitar. 1996 dikatakan Ting Pek Khiing dibayar pampasan RM1 bil kerana pemberhentian projek namun sambung semula 1997 masa krisis kewangan.

7. Ketika itu dilaporkan Projek Bakun melibatkan kawasan hampir seluas Singapura, tidak kurang dari 10,000 orang kaum Penan terlibat dengan perpindahan. Ekran milik Ting Pek Khiing diberi kontrak tanpa tender. Pacific Chemical milik Ting diberikan hak membalak 20K hektar, FCW dijanjikan kontrak kabel RM4 bil. Julai 1998 PM masa tu arah Anwar masih Menteri Kewangan mendapat arahan bayar pada Ting RM120 juta dari sejumlah RM2.2 bil yang di tuntut , tanpa ikut prosedur Kewangan. Sehingga 1997 sejumlah RM1.6 bil ganti rugi dibayar termasuk RM400 juta kontak terowong pada Dong Ah Korea dan RM1 bil pembelian turbines. Antara kontraktor asing terlibat – ABB ,CBPO Brazil,Lehmeyer Jerman, Harza USA , IMPSA Argentina, Alstorm. 1977 ABB dibayar ganti rugi USD 100 juta. 1999 TNB diarah ambil alih dimana pampasan USD250 juta dibayar lagi pada Ekran. KWSP, KWAP di jadikan sasaran.

8. 2003 Sime Darby dan China Hydro ambil alih melibatkan RM 1.8 bil kontrak kepada IMPSA dan Alstom. Entah banyak mana lesap hingga 2007 Synergy Drive yang ada kaitan dengan Temasik pulak ambil alih dan terakhir, Kerajaan Sarawak ambil alih dengan bayaran RM2.5 bil + RM5.6 bil hutang tertunggak dijamin kerajaan pusat. Paling lekeh RM20 bil hangus kerana Projek Bakun ini.

9. Sentimen sedih mengajak rakyat berkorban, termasuk mengutip derma. Tapi tahukah rakyat kekayaan keluarga Mahathir sangat melampau, Contohnya antara banyak koleksi kereta mewah Mokhzani bernilai RM8 juta. Kalau anak cucu serta kroni Mahathir termasuk Daim beri 10 % kemewahan hasil melanun negara ia lebih dari cukup untuk membayar hutang negara. Namun sentimen sedih, emosi dan kononya ajak berkorban dilancarkan dalam masa sama kroninya mula menyebat projek berbilion.

Saya sangat yakin Anwar dan pasukannya memerhatikan perkara ini dan sedar sesuatu yang salah sedang berlaku….. kepada semua yang lain bukalah mata dan minda jangan mudah sangat bila cakap soal korup Mahathir atau kartel Azmin walau dengan bukti , mudah dipatah hanya dengan tuduhan dibayar dedak Najib. Kini Najib sudah ‘tergolek’ saya sendiri seronok melihat perjuangan selama ini mendedah keborosan mereka terbukti benar, namun yang didepan mata telah berlaku dan sedang dilakukan semula tak kan nak senyap sahaja ?

catatan oleh ;

che’GuBard, Bekas Ahli MPP PKR dan anggota seumur hidup PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi libat pimpinan PKR.

nota tapak kaki : Heran jgk krjaan luluskan prjek RM30 billion Ting Pek Khing di Langkawi

1992 diwahyukan projek Plaza Rakyat
1994 diwahyukan projek mega Bakun
jual saham.. saham tak laku. KWSP, Khazanah, TNB, hicom dan KWAP diarahkan beli.. tambah lg ‘letter of comfort’ drpd gomen.. masih undersubscribe 65%
1998 kena saman dgn sharepartner dan Daewoo.
Hutang dgn Phileo Allied Bank, RHB Bank, Malayan Banking, Public Bank, Hong Leong Bank and Affin Bank.
2010 Mahkamah Tinggi KL declare Ting bankrap.

La ni dok ada RM30 billion nak buat Projek tambakan laut, dgn condo mewah, dermaga kapal persiaran, kapal layar mewah di pesisir pantai Langkawi.. duit dari mana ? 2010 Pek Kiing Muflis… layak ke dia ?

Chequbard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.