Selesai Tunai Zakat RM300 Ribu, Aliff Syukri Dipuji Dan Juga Dituduh Menunjuk-Nunjuk

Di sebalik segala kontroversi yang melanda atau dicipta sendiri oleh Dato Aliff Syukri, kita tidak nafikan jutawan kosmetik ini sebenarnya pemurah. Ia terbukti dengan ‘post’ yang dimuat naik sama ada membayar cukai kepada negara dan juga zakat demi kemaslahatan umat Islam.


Gambar dan video yang dimuat naik berkenaan zakat berjumlah RM300 ribu kepada Lembaga Zakat Selangor(LZS) mendapat banyak komen. Ramai yang memuji dengan tanggung jawab Aliff untuk membantu fakir miskin dan orang yang berkemampuan. Namun, adat lah, pasti ada juga komen yang mengeji dengan mengatakan yang Aliff sengaja menunjuk-nunjuk.


 

Foto : IG Aliff Syukri

Ramai yang terinspirasi dengan semangat dermawan Aliff hingga menjadikannya ikon dalam bidang keusahawanan. 

Namun, ada sahaja insan yang menyatakan ia sebagai menunjuk-nunjuk. Bagi mereka itu seperti riak. 



Bagaimanapun, ada netizen yang membenarkan perbuatan Aliff dengan alasan zakat secara terang-terangan adalah sebagai contoh supaya orang lain juga turut mengeluarkan zakat. Tulisnya selagi tiada perasaan riak, ia tidak salah. 

Yang tak seronoknya, bila dah ramai memberi komen sama ada positif atau negatif, akan wujud ‘perang siber’ semata-mata untuk membenarkan hujah masing-masing.

Ada juga yang mengaitkan dengan isu semasa iaitu Tabung Harapan Negara. Wah! Pandai ambil kesempatan semua ya.

Terbaru, Aliff sekali lagi memuatkan videonya memberikan sedekah/derma/sumbangan kepada mereka yang berada di Wismanya sempena penyampaian zakat kepada Lembaga Zakat Selangor. Ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan sumbangan sebanyak RM50 seorang dan juga sumbangan berupa barang dapur. 

Biar apapun tanggapan orang, sebagai usahawan, pasti Dato Aliff mempunyai alasan tersendiri untuk memuat naik segala yang dilakukannya. Moga apa yang dipaparkan mampu menolong insan yang tidak berkemampuan bagi menyambut syawal nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.