Setelah Menduda, Nazim Othman Terima Banyak Gambar Perempuan Seksi

Semua sedia maklum, Nazim Othman telah bercerai dengan Bella Dally dan perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui Instagram milik mereka berdua.

Sejak bercerai, Nazim mengakui yang dia banyak menerima gambar seksi dan mesej pelik di Instagram.


Pelakon ini sendiri terkedu kerana kebanyakan yang menghantar DM terdiri daripada golongan remaja.

“Saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana apabila membawa setiap mesej mereka. Bukan saja budak perempuan, lelaki pun ada. Apa boleh dikatakan, mesej dan gambar dihantar keterlaluan, keji dan menggelikan.

“Bukan itu saja, ada juga dengan selamba ajak saya keluar ‘dating’ dan macam-macam lagi. Saya buka profil mereka, kebanyakannya masih bersekolah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang.

“Mereka bersekolah, tetapi kenapa tidak berfikir dengan baik. Sebaliknya, kecanggihan sedia ada disalah guna dengan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Sedangkan, sosial media ini kalau digunakan dengan cara baik, pasti memberikan banyak faedah,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Nazim lagi biarpun dia solo, namunnya hatinya sudah terkunci untuk cinta.Teringat pula lagu Ramlah Ram bukan ?

Jadi bagi mereka yang pernah DM Nazim hentikan sahajalah ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.