Ketika sesi latihan tersebut yang diadakan di dalam hujan, pemain berusia 25 tahun itu memperoleh kecederaan lutut sewaktu dia bersaing bagi merebut bola,” kata persekutuan itu yang dipetik kenyataan menerusi laman web mereka.

Doktor pasukan, Pierre-Etienne Fournier memberitahu, bahawa Xhaka mengalami kesakitan di bahagian luar lutut kirinya.

Persekutuan itu berkata, Xhaka, yang melakukan penampilan bersama skuad kebangsaan Switzerland sebanyak 61 kali, akan menjalani pemeriksaan lanjut dan mungkin perlu melakukan ujian imbasan MRI.

Switzerland akan beraksi dalam perlawanan pemanas badan menentang Sepanyol, Ahad ini dan Jepun pada Jumaat depan. Mereka bakal memulakan kempen Kumpulan E pada Piala Dunia dengan menentang Brazil di Rostov dan bertemu Costa Rica serta Serbia dalam aksi berikut. – AFP