Chelsea Tengah Cuba Nak Pujuk Zidane

BEKAS pengurus Real Madrid Zinedine Zidane kini dipantau lebih dengan oleh Chelsea.

Walaupun bekas pemain Perancis itu mengakui mahu berehat seketika, Chelsea kini cuba memujuk Zidane untuk ke Stamford Bridge.

“Saya tidak mahu melatih mana-mana pasukan buat masa ini. Saya belum lagi mencari kelab lain,” jelas Zidane.

The Blues masih belum lagi memecat pengurus Antonio Conte dan sebelum ini sudah timbul laporan bahawa Maurizio Sarri menjadi pilihan utama untuk menggantinya.

Selain Sarri, Laurent Blanc antara calon baharu tetapi Chelsea mahu menunggu Zidane.

Zidane meletak jawatan selepas lima hari Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara buat kali keempat berturut-turut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.