Gadis Melayu Pertama Sertai Ratu Cantik New Zealand

Ini bukan kali pertama gadis berhijab menyertai Miss Universe. Namun, ia merupakan pertama kali dalam sejarah apabila gadis Melayu menyertai Miss Universe dan disenarai pendekkan sebagai Top 20.

Berdarah campuran Melayu Indonesia, gadis cantik ini bernama Nurul Shamsul dan baru saja berusia 20 tahun. Siapa sangka gadis Melayu ini merupakan  gadis Melayu berhijab pertama berjaya ke pusingan seterusnya untuk mara ke final Miss Universe New Zealand.

Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, walaupun dilahirkan dan membesar di New Zealand, namun gadis cantik ini tidak melupakan asal usulnya dari Malaysia.

Merupakan penuntut di University of Waikato , Nurul Shamsul menyatakan hasratnya untuk menyertai Ratu Cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.

Nurul turut meluahkan rasa gembiranya apabila tersenarai sebagai finalist dan berharap penyertaannya dalam Ratu Cantik itu dapat memecahkan stereotaip dimana gadis berhijab tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pertandingan seperti itu.

Memang cantik manis orangnya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.